Apakah Itu Radio Amatur?

Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai "Ham Radio" ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubungan dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

Thursday, September 25, 2008

My New Rig In Mobile


Akhirnya... aku berjaya juga mengangkat FTM-10R. Rig yang telah sekian lama aku idamkan. Memang amat berpuas hati dengan fungsi2 dalam, rekabentuk dan segalanya. Mula2 memang agak janggal utk TX dengan head unit tersebut, tapi org kate alah bisa tegal biasa.. hehe..

Rig lama aku (Icom IC-2200H) telah berjaya aku legokan utk member yang baru hendak belajar dalam dunia amateur ni. So sekarang aku 100% telah berpindah kepada Yaesu... hehe

Handy - FT60R
Base - FT8800R
Mobile - FTM10R

Memang aku telah gila Yaesu.. hehe... So, kepada mane2 yang ingin membeli radio, belilah Yaseu.. hehe.. Memang amat puas hati atas performance dan segalanya...

Dan kesempatan ini juga, saya, 9W2SJG handle operator JOE, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, khususnya warga HAM yang telah banyak berjasa pada saya memperkenalkan dunia HAM yang tiada sempadan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

73

9W2SJG de' Selancar
Blog Widget by LinkWithin
 

© 2009 | 9 W 2 S J G | Design By joejoney